SAHARUL RIDZWAN NAK JADI PENYANYI PULA?

Pelakon Saharul Ridzwan masih berteka-teki berhubung penglibatannya dalam bidang muzik apabila timbul ura-ura dia akan menghasilkan single pertamanya.

Khabar angin itu timbul selepas pelakon yang popular menerusi drama Hati Perempuan itu memuat naik gambar bersama komposer terkenal iaitu Ajai di Instagram.

“Saya berjumpa dengan Ajai kerana ingin membincangkan sebuah projek melibatkan kami berdua.

“Tidak semestinya ia berkaitan saya akan bergelar penyanyi dan boleh jadi saya bakal hasilkan sebuah buku, manalah tahu, ada rezeki.Namun boleh jadi juga saya bertemu dengannya untuk latihan vokal,” katanya kepada mStar Online.

Saharul ditemui pada majlis pelancaran penjenamaan dan pelantikannya sebagai duta Erya by Suria yang diadakan di Suria Hot Spring Resort Bentong, Pahang pada Sabtu lalu.

Continue Reading